Monday, January 19, 2009

SALAM.....

Syukur alhamdulillah aku berpeluang memasuki program DPLI... Mungkin ini satu titik permulaan untuk aku meneruskan perjuangan sebagai pendidik anak bangsa. Walaupun aku tidak mempunyai bakat sebagai seorang guru, namun aku yakin jika bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja,sabar dalam menghadapi cabaran......bakat boleh diasah, minat boleh dipupuk....cayok!!! cayOK!!!

Kehidupan manusia umumnya terikat dengan pelbagai tanggungjawab. Sebagai insan, ia bertanggungjawab terhadap Tuhan Pencipta, Allah Yang Maha Kuasa dan juga terhadap keluarga, masyarakat dan negara atau bangsanya. Tanggungjawab inilah yang menentukan berjaya atau gagalnya melayari kehidupan di dunia yang sarat dengan pancaroba ini. Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. merupakan tanggungjawab seorang insan terhadap Tuhannya yang telah menciptakannya dengan sempurna dan melimpahkan kurniaan yang tidak terhitung. Pengabdian ini pula membawa pelbagai tanggungjawab yang lain yang terangkum dalam ketaatan terhadap perintah Allah s.w.t. dan kesungguhan meninggalkan larangan-Nya. Jika ini berjaya dilaksanakan oleh seseorang hamba, maka jadilah ia seorang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Qur'an :
Terjemahan : “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perekataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan harta mereka (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatan diri mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - kemudian sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah serta janji mereka; dan mereka yang tetap mendirikan solat mereka, mereka itulah yang berhak mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mu'minun 23 : 1-11)