Monday, February 16, 2009

MINGGU KEDUA....

1. Membuat Blog.....
Blog adalah tapak web yang mudah diguna, yang mana anda boleh catat buah fikiran dengan pantas, berinteraksi dengan orang dan lain-lain lagi.
Terbitkan pandangan anda

Blog memberikan anda ruang untuk bersuara dalam web. Ia merupakan tempat mengumpul dan berkongsi perkara yang anda rasa menarik sama ada ia ulasan politik anda, diari peribadi, atau pautan kepada laman web yang anda ingin ingati.
Ramai orang menggunakan blog hanya untuk menguruskan pendapat mereka sendiri, sementara yang lain mengawal beribu-ribu audiens berpengaruh di seluruh dunia. Wartawan profesional dan amatur menggunakan blog untuk menerbitkan berita mengejutkan, sementara penulis jurnal peribadi mengetengahkan pandangan yang tersirat.
Apa yang perlu anda katakan, Blogger boleh bantu anda mengatakannya.
Ajak rakan anda
Blog bukan sekadar meletakkan buah fikiran anda dalam laman web. Ia berkenaan hubungan dengan dan mendengar daripada sesiapa yang membaca hasil tulisan anda dan ambil berat untuk memberi respons. Dengan Blogger, anda boleh mengawal siapa yang boleh membaca dan menulis pada blog anda benarkan hanya beberapa orang kawan atau seluruh dunia lihat apa yang perlu anda perkatakan!
Ulasan Blogger membolehkan sesiapa saja, di mana jua, memberi maklum balas pada catatan anda. Anda boleh memilih sama ada anda mahu membenarkan ulasan secara catatan-demi-catatan, atau anda boleh memadam sebarang ulasan yang tidak disukai.
Kawalan Akses membiarkan anda memutuskan siapa yang boleh membaca dan siapa yang boleh menulis ke blog anda. Anda boleh menggunakan blog kumpulan dengan pengarang berbilang sebagai satu alat komunikasi cemerlang bagi kumpulan kecil, keluarga dan kumpulan lain. Atau sebagai pengarang tunggal, anda boleh membuat ruang dalam talian persendirian untuk mengumpul berita, pautan, dan idea, untuk simpanan sendiri atau berkongsi dengan sebanyak mana pembaca yang anda mahu.
Profil Blogger membolehkan anda mencari orang dan blog yang berkongsi minat anda. Profil Blogger anda, di mana anda boleh menyenaraikan blog anda, minat anda, dan banyak lagi, membiarkan orang mencari anda (tetapi jika hanya anda mahu ditemui).
Siar foto
Kadangkala anda hanya mahu berkongsi foto. Terdapat butang untuk memuat naik foto dalam antara muka Blogger. Hanya klik butang foto untuk memuat naik foto dari komputer anda. Jika foto yang anda ingin letakkan dalam blog anda sudah berada di web, itu juga tidak mengapa. Hanya beritahu kami di mana letaknya.
Anda juga boleh menghantar foto telefon berkamera terus ke blog anda sementara anda sedang menjalankan Mudah Alih Blogger.






-

TEKNOLOGI DAN INOVASI

MINGGU PERTAMA................

1. Mendaftar sebagai pengguna spin
- Cara-cara ialah memasuki laman web www.spin.ukm
- klik sebagai pengguna baru
- Masukkan no. matrik
- Sebelum itu pengguna mestilah memastikan bahawa email yang digunakan telah
dikemaskinikan dalam SMPWEB supaya Spin dapat menghantar kata laluan kepada e-mail
pengguna.
- Apabila telah memasukkan no. matrik kepada SPIN
- Sila pastikan kata laluan yang diberikan oleh SPIN pada e-mail
- No. Laluan yang diberikan digunakan untuk memasuki SPIN
- Secara langsung anda telah mendaftarkan diri sebagai pengguna SPIN.

2. Laman-laman yang penting bagi mendapat maklumat ilmiah seperti :
- Layari www.ukm.my
- Klik pentadbiran
- Pilih Perpustakaan Tun Seri Lanang
- Klik Portal e-Jornal ( ahli sahaja )
- Masukkan no. id..no matrik dengan password
- Terdapat banyak ruangan journal boleh di pilih seperti EBSCOHOST, SCOPUS, DLL.....

3. Membuat Blog

- Buka www.google.com
- Ruangan Google, klik more...klik blog
- Blog search...Taip blogpot....
- klik create a blog
- Isi borang untuk daftarkn diri untuk membina blog,
- Setelah mendaftakan diri..gunakan no.adress blogspot tersebut.
- Contoh www.zaimah-09.blogspot.com.

Saturday, February 14, 2009

GURU.....

Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.
Menjadi guru yang perkasa bukanlah bererti perkasa dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang lebih penting ialah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan ketrampilannya, mental dan keintelektualannya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang guru yang perkasa amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya; teguh, tegas dan utuh atau rapuh, lemah dan tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya; luas, tinggi dasn mendalam atau sebaliknya dari segi intelektualnya yang digambarkan menerusi kesedaran-diri dan faham-kendiri yang mendasari kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Seorang guru yang perkasa juga seorang guru yang cekap dan berkesan.
Eilane (2000) ytelah mengenalpasti beberapa ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective) yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:
· Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.
· Ciri mengajar yang memberikan hasil.
· Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.
1. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; di samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.
2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life' yang segar, berkembang dan bersifat 'berpenyugnguhan kendiri' (self-actualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.
Memperkasa dengan Penilaian dan Berpusatkan Prinsip
Guru sering menilai anak didiknya tetapi pernahkah kita menilai diri sendiri? Sedarkah kita sebagai guru yang kerjanya 'mengajar sepanjang hayat' (sebelum bersara wajib) kita telah tidak cukup melakukan satu perkara sepenting ini? Kalau begitu bagaimana kita tahu dan boleh meningkatkan tahap profesionalisme kita?
L. Dee Fink (1999), dalam satu artikelnya "Evaluating Your Own Teaching" menyebut:
" Assuming that no one is perfect and therefore everyone has room for
improvement, evaluation is the means by which ewe try to identify which
aspects of our teaching are good and which need to be changed. The
question then arises as two who should take responsibility for doing this
evaluation. My believe is that evaluation is an inherent part of good teaching.
Therefore it is the teacher himself or herself who should take primary
responsibility for doing the evaluation."

"To improve is to change. And to be perfect is to change often", demikian ujar Winston Churchill. Jadi titik tolak bagi melakukan perubahan, dan kemudian mencapai kemahiran dan kesempurnaan memakan masa dan dayausaha. Bagi mencapai perubahan yang berjaya dan berkesan perlukan seseorang itu bukan sahaja menambah pengetahuan dan kemahiran baru malah sering pula memerlukan kita belajar semula sesuatu konsep, kaedah dan teknik yang mungkin kini sudah usang. Tidak ada orang yang tidak boleh melakukan aspek belajar semula ini kecuali seseorang itu sudah merasa dirinya sudah lengkap segala-galanya seperti kata Epictetus (55-135 M); "It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows." Pengalaman berserta beraneka kemahiran yang dititipkan oleh guru menerusi proses pengajaran dan pembelajaran umpamanya bermaksud melalukan perubahan sikap, seterusnya mengubah pemikiran dan paradigma sehingga terciptalah tangkah-laku yang dihasratkan itu tercapai. Menurut Dee Fink lagi penilaian bagi menghasilkan perubahan ke arah peningkatan profesionalisme individu seseorang guru itu amat besar faedahnya berdasarkan tiga sebab.
1. Pertama, tanpa mengambil kira bagaimana baik atau buruk kita sebagai guru-guru, kita semua mempunyai potensi, menjadi lebih baik lama-kelamaan. Sementara sebahagian guru-guru bertambah baik dan hampir menemui potensi mereka, sayang sebahagian yang lainnya mengalami peningkatan yang kecil sahaja sewaktu peringkat awal kerjaya dan kemudiannya seolah-olah 'mendatar' kualitinya malah kadang-kadang 'merosot'. Kenapa? Natijahnya terdapat perbezaan pokok di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal meningkat, adalah disebabkan golongan pertama itu mengumpul maklumat mengenai pengajaran mereka dan mengambil daya usaha bagi penambahbaikan sesetengah aspek daripadanya - setiap kali mereka mengajar.
2. Sebab kedua mengapa perlunya membuat penilaian adalah bagi mendokumentasikan kualiti seseorang bagi rujukan pihak lain, yang perlu mengetahui track record seseorang sepanjang kerjayanya. Satu cara sahaja guru-guru boleh membekalkan maklumat seumpama ini iaitu dengan cara mengumpulnya, dan inilah penilaian. Dengan kaedah ini juga dapat membantu seseorang guru itu memahami keberkesanan pengajarannya dengan lebih baik lagi.
3. Sebab ketiga pula merupakan satu keperluan yang bersifat peribadi dan keinginan manusia untuk menilai. Hal ini adalah bagi kepuasan mental dan psikologikal diri sendiri. Melakukan sesuatu kerja dengan baik adalah satu perkara; manakala satu perkara lagi dengan memiliki maklumat yang padu, kita tahu kita telah melakukan kerja dengan baik. Pengetahuan dan kepastian ini hanya mungkin jika kita membuat penilaian yang rapi dan telus.

Monday, February 9, 2009

PENDIDIKAN

Pendidikan adalah asas kepada pembangunan insan. Pendidikan bukanlah semata-mata proses untuk meningkatkan kemahiran hidup atau peningkatan kemampuan akal Tetapi pendidikan juga bertujuan untuk menghasilkan insan yang sempurna dan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, dan intelek yang dapat berperanan dalam pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan mengembangkan seluruh potensi yang terdapat dalam diri.

Manakala pendidikan Islam pula adalah suatu proses untuk mengadabkan manusia dan menjadikan insan berakhlak mulia. Adab yang ditakrifkan sebagai perlakuan yang betul manusia sesama manusia, manusia dengan alam akan menjamin kelangsungan keadilan dalam sesebuah negara. Akhlak yang mulia adalah proses pemupukan dan peresapan sistem nilai murni yang berteraskan kepada tanggungjawab kepada Allah, sesama manusia dan alam sejagat.Islam dan fungsi pendidikan bukanlah suatu yang baru untuk diterapkan kepada para pelajar bagi menjadi individu yang berwibawa dan berkaliber.

Sunday, February 8, 2009

FADHILAT ILMU


1) Tiada sesuatu ibadah kepada Allah yang lebih utama drp memahami ilmu agama. Seorang ahli fakih adalah lebih sukar syaitan menipunya drp seribu 'abid (ahli ibadah). Tiap-tiap sesuatu itu ada tiangnya dan tiang agama ialah memahami ilmu agama.

2) Di antara seorang 'alim dan 'abid spt kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku. Riwayat At-Turmizi

3) Kelebihan orang yang berilmu ke atas 'abid spt kelebihan bulan malam purnama dari bintang-bintang yang lain. Riwayat Abu Daud, At-Turmizi dll.

4) Sepatah perkataan yang baik yang didengar oleh seorang mukmin, lalu diajar dan diamalkannya, lebih baik daripada ibadah setahun.

5) Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dlm lubang dan ikan dalam laut, semuanya berdoa semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia. Riwayat At-Turmizi

6) Orang yang binasa di kalangan umatku ialah orang berilmu yang zalim dan 'abid yang jahil. Kejahatan yang paling jahat ialah kejahatan ulama' dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan ulama'.

7) Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi digunakannya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah